Pameran Agensi sempena Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026)

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menyertai Pameran Agensi sempena Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang berlangsung selama tiga hari, bermula 24 hingga 26 Julai 2026 bertempat di Padang Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Penyertaan MAINPP dalam pameran ini menjadi platform untuk memperkenalkan serta menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan, produk dan inisiatif MAINPP kepada masyarakat dan pengunjung sepanjang berlangsungnya PIHEX 2026.

Antara pengisian yang diketengahkan di booth MAINPP adalah maklumat berkaitan wakaf, Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) dan program-program latihan yang ditawarkan, perkhidmatan Luqatah (Harta Tercicir) termasuk kaedah semakan dan tuntutan, serta demonstrasi aplikasi dan perkhidmatan digital MAINPP. Bahan penerbitan dan risalah turut disediakan sebagai rujukan kepada para pengunjung.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen MAINPP dalam memperluas akses masyarakat terhadap maklumat dan perkhidmatan yang disediakan, di samping memperkukuh hubungan serta interaksi bersama masyarakat melalui platform pameran dan program seumpamanya.

MAINPP merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir serta mendapatkan maklumat di booth MAINPP sepanjang PIHEX 2026. Diharapkan penyertaan ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan, perkhidmatan serta inisiatif yang dilaksanakan oleh MAINPP.

1 4
5