Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan (JAPHEIK) Kali Ke-7

YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan (JAPHEIK) Kali Ke-7 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Mesyuarat ini menjadi platform bagi membincangkan pelbagai agenda strategik berkaitan tadbir urus, penyelarasan dasar serta pembangunan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Penyertaan MAINPP dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama dan penyelarasan strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri, khususnya dalam usaha memperkasa pengurusan hal ehwal Islam serta meningkatkan kesejahteraan ummah.

Melalui penyertaan ini, MAINPP terus menyokong usaha memperkukuh tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam yang lebih tersusun, berkesan dan berimpak kepada masyarakat.

dato su